Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah pada hari sabtu lepas (19/04/08), MSM Leeds telah mengadakan program Tunas Taqwa yg bertujuan untuk mengajar anak-anak masyarakat melayu di Leeds solat, hafal doa, menghormati ibu bapa dan bersuka ria. Berikut adalah petikan kata-kata anak-anak ini dan sedikit gambar preview.
“Uncle Ajak, can I have more ice-cream?” Afham, 9thn yg kelaparan
“This doa is too long to memorise!” Akram, 10thn berceloteh kpd Akhi Khalid ketika dipaksa menghafal doa masuk tandas.
“Uncle Pejai, you misspelled wholding. its suppose to be holding“. tulisan Akhi Pejai di white board ditegur oleh Nadzirah,10thn. huhu..memalukan sungguh dpn budak2 ni.
Dan banyak lagi kata-kata yg melucukan dan meninggalkan kenangan manis kpd kami. Antara ahli MSM lain yg terlibat adalah Akid, Siti Hajar, Ain, Mala, Dina dan Iman. Berikut adalah gambar-gambar manis kami:
Abbas, tersenyum gembira selepas makan
Kanak-kanak mendengar dgn penuh tekun
Warming up session
Bermain Dodge Ball
Belajar mengambil wudu’ dgn abg Ajak
Begini cara sujud yg betul (walaupun Ajak salah kiblat)
Untuk membina tower yg tinggi, asas kene kukuh. Kami anak-anak adalah asas kpd ummah!
Baca quran beramai-ramai
Bermain kambing dan serigala. Tiada manusia yg boleh hidup berseorangan
Para peserta dan abg2 n kakak2 n uncle Ajak. kertas itu tertulis..’kami sayang ibu bapa kami”.
Wallahua’lam
Pejai@Leeds









