Assalamualaikum wrm
Di kala musim exam…
(Untuk yang study depan laptop/computer) …
Mental sudah bersedia untuk study. Handouts/Notes + text books + test pad dah ade atas meja. Pen/pensil sudah bersiap siaga, tidak ketinggalan highlighter bermacam kaler. Beberapa perenggan sudah di baca dalam muka surat pertama. Tiba-tiba tanpa sedar kita buka internet browser kita, pantas kita click salah satu bookmark yang ada di browser kita, iaitu e-mail. Oh tiada new message. Di buka pula acc email lagi satu, tadi yahoo! kali ini MSN. Ada satu e-mail berserta link.. tengah-tengah tengok l(video) dari link tadi kita tersedar bahawa kita kene fokus dengan study yg baru kita mula tadi.. Maka kembali study dalam keadaan berhutang x habis tgk video..
Kali ini dah masuk page 3. Dalam-dalam nak masuk page 4 tu, terlompat masuk plak page ESPN soccernet, Rio ferdinand kata ‘we will bounce back’. Semalam tak tgk final champs league sbb esok ade exam (contoh je), so nak tgk highlight die, masuk plak footytube.. Arghh, habiskan lah video highlight match smalam ni, pastu kosentret balik study.. Habis video, sambung study balik..
Terasa mcm tak kena tiba2, oh rupanya2 tiada air panas menemani ketika study. Study malam2 kene ada air panas.. Study jap tunggu air boil. Siap masak air, buat kopi, study… eh ade email baru la!
Maka kekal lah ketidak fokusan study beliau itu, berlarutan setiap kali nak exam.. Tak kisahlah score ke tak exam tu, tapi yg penting tak fokus time revision.. Macam biasa kan perkara ni berlaku kat kita? ala jangan tipu. Kalau kat libry pon same, tapi fokus tu lebih skit la dari study depan comp.. Kadang2 termenung keluar tingkap libry (nampak mcm tgh fikir utk fahamkan equation tuh, padahal mengelamun). .
So, Fokus. Kenapa kena fokus? Kalau tak fokus pon boleh score pe, sbb aku mmg pakar multitasking! huhu
Sebenarnya, Fokus adalah salah satu capability manusia yg boleh di bentuk, di didik, di latih. [maaf kerana quotation ini tiada reference]
Cuba relatekan kebolehan kita fokus dalam study dan kebolehan kita fokus dalam solat? mm… cuba compare kefokusan kita dalam kedua2 hal.. Cuba juga tgk analogi murahan ini. Kalau kita ni boleh tahan nafas lama dalam air berbanding kawan kita yg lg satu, pasti kita boleh tahan nafas di luar air lagi lama dari kawan kita tadi tuh. Mungkin stamina kita ketika bersukan juga jauh lebih tinggi dari kawan kita lg satu itu kerana kapasiti paru-paru yg lebih tinggi. Jika kita ada skill berkata-kata, participate debate dan forum peringkat kebangsaan waktu sekolah dahulu, pasti kita hebat juga apabila berkata-kata dalam usrah kita… Sama juga dengan kemahiran dan kebolehan kita utk fokus! Fokus dalam setiap perbuatan/urusan harian kita…
Manusia itu seperti logam, baik ia ketika jahil, baik ia ketika islam, dengan syarat dia faham. [sabda kekasih-Nya]
1) Aku susah fokus dalam solat, patut pon aku susah fokus dalam study jg..
ataupun..
2) aku susah fokus dalam study, patutpon aku susah fokus dalam solat juga..
Solat tak fokus/khusyuk? ?
Renung2kan.. .
pyan, manchester

dush dush dush!
kene batang idong dgn dahsyatnye!
jzkk for the reminder!
By: yg nak exam on May 30, 2009
at 7:12 pm
oh, salam
patutla.
lepas ni kene fokus, serius dan komited.
jazakallah
By: adiba on June 6, 2009
at 7:48 am
http://en.wikipedia.org/wiki/Adult_attention-deficit_disorder
This is the extreme of the problem mentioned in this entry.. so dah boleh buang kot statement “[maaf kerana quotation ini tiada reference]” di atas. hehe
By: Aku_P on June 8, 2009
at 2:00 am
oh lupe, link wikipedia diatas disumbangkan oleh salah seorang pelajar baik budinya di Manchester sini
Terima Kasih kepada beliau
By: Aku_P on June 8, 2009
at 2:02 am