Tiap kali membaca doa rabitah ni mestikan terbayang insan-insan tersayang. Walaupun jauh di mata tapi tetap sentiasa dekat dihati. Walaupun tak pernah berjumpa mestikan terasa hangat kasih sayangnya.
Terasa betapa beratnya amanah yang telah dipertanggugjawabkan ke atas diri ini. Tetapi Dia Maha Mengetahui akan makhluk ciptaanNya. Tidak akan dibebankanNya dgn sesuatu yang kita tak mampu. Penyatuan antara hati-hati yang sentiasa mengingatiNya itu, mengutuhkan lagi ayunan langkah dalam mencari redhaNya.

YA ALLAH
sesungguhnya Engkau Maha mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk taat kepada-MU,
bersatu memikul beban dakwah-MU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat dan menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya…
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNya yang sebenar,
Penuhilah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini
“AKU mengikut sangkaan hambaKU kepadaKu, Aku bersamanya (memberi rahmat dan membelanya)apabila dia mengingatiKu. jika mereka megingatiKu dalam dirinya nescaya Aku menyebutnya dalam diriKu. apabila mereka menyebut namaKU dalam kumpulan nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka.jika mereka menghampiriKu sejengkal, Aku mendekati mereka sehasta. jika mereka menghampiriKu sehasta Aku mendekati mereka sedepa dan apabila mereka datang kepadaKu dalam keadaan berjalan, Aku datang kepada mereka berlari.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Like this!
By: Naufa Insyirah on October 22, 2009
at 12:03 am
Like it too. Let’s remember each other in our prayers
imagine how many times Allah will hear prayers for us, MasyaAllah.. what an easy way to gain access to him:) Truly, He is The BEST of all listeners..
By: umm aiman wafiy on October 22, 2009
at 12:04 pm