Leeds

Assalamualaikum and  greetings to all,

Coming to Leeds soon? This page will help you learn some tips to survive education in this compact city, insyaAllah ;) Here’s some sharings from students in Leeds..


Bismillahirrahmanirrahim…

Moga segala yang dicoretkan ini akan memberikan manfaat kepada yang membacanya. Maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau tersilap kata.

A – Jom mintak Leeds !

B – Kenapa?

A – Saje je. Nama dia macam best je… Lagipun Leeds xde interview. Kita amik ni

sebagai back-up la. Mana la tau kan …

B – Ok gak… boleh la…


Pelbagai kisah dan cerita yang membawa kita ke Leeds . Kisah di atas mungkin ada antara kita yang pernah mengalaminya. Tetapi, walau apa pun ia pastinya coretan itu melakarkan warna pertama dalam kisah kehidupan kita sebelum benar-benar bergelar university student. Kepada yang belum menjejakkan kaki lagi di bumi Leeds , perasaan teruja, gembira, risau, takut….. semuanya pasti silih-berganti dan mungkin sentiasa bermain-main dalam mimpi (hehe… tak lena tidurlah nampak gayanya).

Life as a university student

Of course life kat uni tak sama dengan hidup zaman dulu-dulu kat asrama. Tak sama juga macam life kat KMB, KYUEM, INTEC, TAYLOR ’S  COLLEGE etc. Tapi, setiap detik yang berbeza tu adalah lakaran baru kehidupan kita. Our new journey, new experience and new life. Study kat Leeds ada 3 sem. Selalunya untuk first year ni banyakkkkkkkkkkkkkkk cutiiiiiiiiiii. So, masa cuti nanti jalan-jalan la. Melihat alam ciptaan Allah. Kelas pula tak banyak especially utk budak medic. Selalunya kalau medic kelas mula kul 9 habis kul 12 atau 1. It will not go beyond that sebab kalau lama sangat sume budak2 medic rasa resah nak balik. Tapi akan ada satu hari kena balik lambat lebih kurang pukul 4.30 petang sebab ada PPD (Professional and Personal Development). Subjek ni kita belajar soft skills macam mana cara nak communicate dgn patients, medical ethics, how to be a good doctor etc. Sepanjang kelas tu kita akan ada discussion in a small group dan akan ada seorang tutor yg akan assist group kita tu. Kadang-kadang patient datang utk share experience and kita boleh tanya apa-apa je soalan kat patient tu. Bestlah tapi depends jugak keadaan dan group mate kita macam mana. Kiranya subjek ni pentingla tapi bila kelas petang selalunya sume orang akan tgk jam dan berdoa agar tutor bagi keluar awal, hehe…Core subjek yg kita akan belajar ialah Biomedical Science. Subjek ni lebih kepada Bio dari medic tapi bila naik Sem 2 more to medic. Kita juga akan belajar psychology tapi dalam subjek I&P (Individual and Population). Untuk subjek ni nanti kita ada presentation dan juga essays. Menarikla sebab nanti pergi jumpa patient kat rumah dia. Lupa nak tulis tadi, PPD pun ada lawat patient kat rumah. I enjoyed it so much! One more thing, kita akan ada SSC (Student Selected Components) pada setiap sem.  Kita akan diberi booklet and then kita pilih tajuk. At the end, nasib2 jugakla dapat tajuk apa tapi selalunya kita dapat apa yg kita pilih. SSC ni macam2. Tiap-tiap sem lain-lain. First sem, essay writing. Second and third sem IT. Kami selalu buat lawak, kalau belajar di Leeds ni, bukan saja dpt MBCHb, malah dpt degree in English Language! huhu

Leeds City Center

Mostly bandar-bandar kat UK ni lebih kurang je especially bangunan-bangunan yg dibina. Tapi yang menariknya Leeds compare dengan tempat lain ialah ‘free city bus’. Bus ni akan lalu depan medic school so, senanglah nak hop on ke city center after dah habis kelas. Lagi pun, Leeds ni jenis compact city, without bus pun boleh je jalan kaki ke city center. Mungkin kalau kat Malaysia jalan kaki 20 minit tu dah kira hebatlah tapi kat sini ok je, plus kat sini sejuk so takkan terasa sangat. Basically, bestlah untuk hidup di Leeds sebab mudah. Tapi, Leeds ni bukan historical city macam Nottinghams yang terkenal dengan Robin Hood atau London . So, janganlah expect untuk melawat tempat-tempat menarik di Leeds within walking distance. Tempat-tempat menarik tu ada Cuma kena naik bus, jauh sikit lah. Tapi, jangan risau ada je sume tu. Oklah, itu je rasanya yang ingin dikongsi. Moga bermanfaat dan kepada mereka yang ingin ke Leeds , selamat datang diucapkan. Hope to see u soon. Wassalam.

by: Nuruldina Alia Samdin, 2nd yr Medic Uni of Leeds

Responses

  1. looking forward 2 b there lg, emm, few weeks! =)

    • looking fwd too ;)


Leave a response

Your response: